Gambaran keseluruhan Gegar Vaganza (musim 8)

Mengangkat tema Dimensi Berbeza Gegar Vaganza 2021 (Bintang Kembali Menyengat) pada skala Norma Baharu, musim kelapan kali ini akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan berikutan negara masih di bawah Plan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Dengan pelbagai perubahan dilaksanakan demi mematuhi syarat dan garis panduan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan antaranya dengan penganjuran konsert mingguan dalam skala kecil dengan jumlah penonton yang sedikit iaitu hanya 150 penonton sahaja yang dibenarkan menonton dan hendaklah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu hanya yang telah Lengkap Divaksinasi atau Fully Vaccinated sahaja yang dibenarkan masuk menonton di Studio.